Pada kawasan Kem Terendak telah dilanda hujan ribut yang turut menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan kem Terendak mengalami kerosakan di beberapa bangunan . Beberapa keping bumbung di dewan ,serta di beberapa blok telah tercabut akibat daripada angin yang kuat .Asrama puteri juga mengalami kerosakan tetapi tidak begitu teruk .Setakat ini ,tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.Kawasan yang mengalami kerosakan itu ditutup buat sementara waktu untuk keselamatan warga SMMKT.
Pihak sekolah telah mendapatkan bantuan kos daripada Tentera dan Kementerian Pelajaran Melaka untuk menggantikan atap .
Wednesday, 2 November 2011
Ketua / Penolong pengawas
Ketua pengawas / penolong ketua pengawas SMK Kem Terendak , 2011
Nama:Muhammad Ridzuan Bin Roslan
TIngkatan:5 Sains Tulen
Nama:Nurul Sazrina Binti Nawir
Tingkatan:5 Sains Tulen
Aktiviti-aktiviti selepas PMR
Selepas berakhirnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR),2011 pihak sekolah telah menjalankan beberapa aktiviti untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Mereka telah ditempatkan di dalam Dewan B berhampiran dengan bilik guru (kelas 3 Delta dan 3 Gamma)
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah,
ü Untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
ü Mengelakkan pelajar berkeliaran di kawasan sekolah
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ;
-Tanyangan filem berunsurkan moral
-pertandingan permainan dalaman (cth; congkak, catur )
-mengecat gambar di dinding sekolah
-lawatan ke Zoo Melaka
-Tournament ke Bowling
-explorace (kawasan sokolah shj)
-pertandingan bola sepak (Lelaki shj)
- pertandingan futsal ( Perempuana shj)
Guru untuk pengawasan murid;
Ø Guru-guru mata pelajaran ting.3 mengikut jadual persendirian
Sejarah sekolah
Kem Terendak terletak di Mukim Sungai Udang. Jarak Kem Terendak ke Bandar Melaka ialah 25 Kilometer dan Mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jarak antara ke Pekan Masjid Tanah pula ialah 15 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki bas. Jarak dari pos pemeriksaan Polis Tentera (MP) ke arah simpang Terendak ialah 4.6 kilometer. Keluasan Kem Terendak ialah 6,000 ekar luasnya.
Kem Terendak telah dibina untuk Briged komanwel ke-28 dan unit Penyelidikan Strategik (SEATO).Unit-unit ini terdiri daripada beberapa Negara iaitu United Kingdom,New Zealand dan Australia.Terdapat beberapa buah sekolah yang terpenting di Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendakj (SMKKT),Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Rendak Kebangsaan Kem Terendak 1 (SRKKT 1) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak 2 (SRKKT 2).
Sekolah Menengah Kebangsaan kem Terendak sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Kerajaan Malaysia) pada tahun 1972 , dikenali sebagai nama Slim School. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya pada 16 Febuari 1995 oleh Briged T.D.H Mc Meekin O.B.E. Sebelum tahun 1972 , pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kerajaan Komanwel.Malahan sehinbgga kini ditadbir oleh dua kementerian,iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Ciri inilah yang membezakan Srkolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini
Terdapat dua buah asrama yang setiap satunya boleh menumpang 100 orang peljar.Kebanyakkan penghuni asrama ini terdiri daripada anak-anak anggota tentera yang bertugas di luar negeri Melaka. Asrama Putera ditadbir oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sementara Asrama Puteri ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Jumlah guru ketika sekolah ini mula diambil alih oleh semakin bertambah dari masa ke semasa dan pada 31 januari 1988 terdapat 28 orang guru yang bertugas di sekolah ini dan seramai 33 orang pelajar yang mengambil peperiksaan Sains Tulen dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Salah satu sifat unik Sekolah Menengah kebangsaan kem Terendak ini ialah pelajar – pelajarnya terdiri daripada pelajar seluruh Malaysia kerana ibubapa mereka adalah anggota tentera.Namun terdapat juga anak-anak orang awam di sekolah ini tetapi bilangan mereka tidak sebegitu ramai .
Bentuk sekolah ini juga berbeza dengan sekolah –sekolah lain . Sekolah ini mempunyai lima bangunan dan terdapat sebuah dewan dan lima buah makmal sains.Bilik-bilik darjahnya kecil dan hanya boleh menampung 25-30 orang pelajar.
Pada mulanya semasa pentadbiran kerajaan Komanwel, dewan sekolah ini merupakan sebuah panggung wayang mini.Semasa peringkat awal pengambil alihan sekolah ini ,semua bilik di bangunan utama dilengkapai denagn pendingin hawa tetapi kini telah diubah kepada kipas angin sahaja . Ini kerana pengedaran ruang udaranya yang tidak begitu memuaskan.
Semenjak tertubuhnya sekolah ini sebanyak lapan orang pengetua telah mentadbir sekolah ini. Pengetua pertama ialah Hj. Mohd Junid Bin Mohd Alu yang mentadbir 12 Januari 1972 sehingga 31 Disember 1979.Ini diikuti pula dengan En.Yap Choon Wahyang mula berkhidmat dari 1 Januari 1980 hingaa 1 April 1986 .Selepas itu, En Othman Bin Hj Rejab mula berkhidmat dari 16 April 1986 hingga 31 Disember 1988.En MahendinrSing Berkhidmat dari 16 November 1985 sehingga 15 November 1991 merupakan pengetua yang kelima dan diambil alih oleh En Baharom Bin Mansor mulai 16 November 1991 hinga 15 November 1995.
Pengetua berikutnya ialah En. Ali Bin Hj Amat yang memulakan tugas pada 16 November 1995 sehingga 15 Januari 1998.En Abdul Hamid Bin Abdul merupakan pengetua yang paling singkat perkhidmatannya di sekolah ini iaitu selama tiga bulan yang bermula dari 16 Januari 1998 sehingga 15 April 1998.Tuan Hj Baharom menjawat semula jawatan sebagai pengetua sekolah ini setelah menjadi pengetua ke lima sekolah ini .
Pn Hjh Hapsah Binti Ismail menjawat jawatan pengetua sekolah ini setelah Hj Baharom bersara sehingga 2004.Selepas itu sekolah ini telah ditadbir oleh Tuan Haji Nassaruddin Bin Ahmad mulai 2004 hingga 2005. Selepas itu Encik Othman Bin Sagap memegang jawatan Pengetua sehingga 2008 dan mulai 2008 hingga 2009 sekolah diterajui oleh Tuan Haji Mohd Shaari Bin Hussin.
Seterusnya Pn. Hjh Slamah Binti Hashim memengang jawatan pengetua dari. Dan akhir sekali En Mohd Ghazali Bin Ahmad menjadi pengetua yang seterusnya hingga ke hari ini. Sekolah ini Berbangga kerana telah ditadbir oleh tujuh orang pengetua dan dua daripadanya merupakan pengetua berbangsa Cina dan Sikh serta lima yang lain merupakan pengetua berbangsa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)